Koronavirus merupakan suatu keluarga besar virus, antaranya menyebabkan penyakit pada manusia manakala yang lain menjejas haiwan seperti kelawar, unta dan musang. Biasanya koronavirus manusia menyebabkan penyakit ringan, seperti selesema.
Namun, ada kalanya koronavirus haiwan boleh berkembang dan menjangkiti manusia, menyebabkan penyakit teruk seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) 2002, dan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) 2012.
COVID-19 merupakan strain baharu koronavirus yang belum dikenalpasti sebelum ini pada manusia. Virus yang pertama dikenal pasti di Wuhan, Wilayah Hubei, China, menyebabkan wabak besar yang masih leluasa. Sekarang virus ini telah merebak ke luar China. Kes jangkitan telah dikenal pasti di sebilangan negara lain. Virus COVID-19 berkait rapat dengan koronavirus kelawar.
Banyak lagi yang perlu dikaji tentang cara virus COVID-19 merebak, keterukannya, dan ciri-ciri lain yang berkaitan. Siasatan epidemiologi dan klinikal masih diteruskan.
Wabak koronavirus yang baharu di kalangan manusia memang selalu menjadi keprihatinan kesihatan awam. Situasi ini sedang berkembang cepat.
Menurut pakar koronavirus, besar kemungkinan COVID-19 berpunca daripada kelawar di China, kemudian merebak kepada spesis haiwan lain (yang tidak diketahui) dan seterusnya kepada manusia yang bertembung dekat dengan haiwan itu. Dipercayai virus ini menyesuaikan diri dengan manusia dan sekarang paling banyak menular dari manusia ke manusia.
Koronavirus manusia biasanya disebarkan daripada orang yang dijangkiti kepada orang lain yang berdekatan melalui titisan batuk atau bersin, atau sentuhan dengan tangan, permukaan atau benda yang terkena virus.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata tidak pasti berapa lama virus COVID-19 hidup di permukaan benda, tetapi kelakuannya kelihatan seperti koronavirus lain. Kajian membayangkan koronavirus (termasuk maklumat awal tentang virus COVID-19) mungkin bertahan di permukaan benda antara beberapa jam dengan beberapa hari. Jangka masa itu mungkin bergantung pada keadaan (jenis permukaan, suhu atau kadar kelembapan di sekitaran).
Jika anda fikir ada permukaan yang dijangkiti, bersihkan dengan bahan disinfektan biasa di rumah bagi membunuh virus itu dan melindungi diri dan orang lain. Bersihkan tangan dengan bahan gosokan beralkohol atau basuh dengan sabun dan air. Jangan sentuh mata, mulut atau hidung.
Antara terdedah kepada virus dengan pertama kali simptom kelihatan, biasanya memakan masa 5-6 hari, atau mungkin dari 2 hingga 14 hari. Atas sebab ini, mereka yang bertembung dengan orang yang dijangkiti diminta memencilkan diri selama 14 hari.
Sebahagian besar kes nampaknya tersebar daripada mereka yang sudah menunjukkan simptom. Segelintir orang mungkin sudah berjangkit walaupun simptom belum kelihatan, tetapi lebih banyak maklumat diperlukan untuk kita memahami bila sebenarnya pesakit mula berjangkit.
Pesakit mungkin mengalami demam, batuk, selesema, sesak nafas dan simptom lain.
Dalam kes yang lebih teruk, jangkitan boleh menyebabkan pneumonia (radang paru-paru) berserta distres pernafasan akut teruk.
Jika anda pergi ke atau singgah di tanah besar China (kecuali Macau dan Taiwan) dalam masa 14 hari sebelum simptom terjadi, serta mengalami demam atau simptom pernafasan, sila hubungi doktor anda, atau Jabatan Kecemasan setempat atau Healthdirect 1800 022 222. Apabila menelefon, beritahu mereka daerah mana anda telah pergi.
Risiko pendedahan kepada COVID-19 dipercayai rendah jika anda pergi selain ke China. Senarai negara berikut disusun berdasarkan jumlah perjalanan di antara negara-negara itu, Australia dan China dan/atau situasi COVID-19 sekarang:
Jika anda pergi ke mana-mana negara yang dikhuatiri (kecuali singgah) dalam masa 14 hari sebelum simptom terjadi, serta mengalami demam atau simptom pernafasan, sila hubungi doktor anda, atau Jabatan Kecemasan setempat atau Healthdirect 1800 022 222. Apabila menelefon, beritahu mereka daerah mana anda telah pergi.
Tempoh jangkitan virus ini berbeza dari seorang ke seorang. Simptom yang ringan pada orang yang sihat mungkin lega setelah beberapa hari. Serupa influenza, mereka yang mengalami masalah kesihatan lain yang berterusan, misalnya masalah pernafasan, mungkin memakan masa berminggu-minggu untuk pulih dan dalam kes yang teruk mungkin membawa maut.
Kebanyakan orang yang tidak layak mendapat Medicare akan mempunyai insurans kesihatan atau perjalanan. Bagi mereka yang tidak cukup perlindungan insurans, NSW Health akan mengabaikan kos ini. Ini termasuk mengabaikan prosedur bayaran dan memungut hutang bagi membawa mereka yang disyaki dijangkiti COVID-19 dengan ambulans ke kemudahan NSW Health.
Aturan ini disediakan supaya masalah pembayaran tidak menjadi penghalang bagi pengunjung luar negeri mendapatkan nasihat perubatan awal-awal lagi apabila mengalami simptom pernafasan.
Diagnosis jangkitan COVID-19 dibuat melalui bukti virus dalam sampel pernafasan, misalnya swab dari belakang hidung dan kerongkong atau cecair paru-paru. Ujian COVID-19 dijalankan di makmal kesihatan awam.
Jika anda dikenalpasti telah bertembung dengan orang yang disahkan dijangkiti COVID-19 di Australia, unit kesihatan awam tempatan akan menghubungi anda untuk memberikan nasihat. Anda perlu mengasingkan diri di rumah selama 14 hari setelah bertembung orang yang dijangkiti, memantau kesihatan sendiri dan melaporkan apa-apa simptom.
Penularan koronavirus dari orang ke orang umumnya berlaku di kalangan mereka yang bertembung dekat. Bertembung dekat biasanya bererti bersua muka sekurang-kurangnya 15 minit, atau berada di dalam ruang tertutup yang sama sekurang-kurangnya 2 jam, dengan orang yang membawa jangkitan. Unit kesihatan awam akan menghubungi mereka yang bertembung dekat dengan pesakit COVID-19. Jika terjadi apa-apa simptom, semua orang yang telah bertembung ini mesti menghubungi unit kesihatan awam bagi melaporkannya.
Jika bertembung dengan orang tersebut kurang daripada jangka masa ini, risiko dijangkiti jauh lebih kecil. Namun, sebagai langkah waspada, anda hendaklah tetap memantau kesihatan diri sehingga 14 hari setelah kali terakhir bertembung orang yang berjangkit. Jika mengalami simptom termasuk demam dan/atau masalah pernafasan, sila hubungi doktor terlebih dahulu atau Healthdirect 1800 022 222. Beritahu doktor yang anda telah bertembung dengan pesakit COVID-19. Doktor mungkin menyuruh anda pergi ke jabatan kecemasan terdekat. Jika begitu, telefon terlebih dahulu sebelum pergi.
Penerangan lanjut tentang pengasingan diri di rumah boleh didapati untuk:
Amalkan kebersihan diri yang mudah dengan:
Mereka yang dalam masa 14 hari lalu:
bertembung dengan orang yang dijangkiti COVID-19
pergi ke tanah besar China (kecuali Macau dan Taiwan), terutama wilayah Hubei
melawat salah satu negara yang dikhuatiri. Risiko negara-negara ini kurang jelas berbanding China
Mereka yang menghidap penyakit sedia ada yang meningkatkan risiko penyakit pernafasan, termasuk diabetes, penyakit paru-paru kronik, gagal ginjal dan masalah sistem imun, serta yang lanjut usia, mengalami risiko lebih tinggi terhadap penyakit serius.
Amalkan adab batuk (jauhi orang lain, tutup mulut dengan tisu atau pakaian, dan bersihkan tangan).
Pengembara ke Asia jangan pergi ke pasar unggas dan haiwan hidup, termasuk pasar 'basah'.
Tiada vaksin yang melindungi kita daripada COVID-19.
Tiada rawatan khusus bagi COVID-19. Diagnosis awal dan jagaan sokongan umum adalah penting. Kebanyakan masa, simptom akan terhurai dengan sendiri. Mereka yang mengalami penyakit serius berserta komplikasi dapat dirawat di hospital.
Profesional kesihatan di jabatan kecemasan hospital awam NSW serta doktor umum masyarakat telah dimaklumkan tentang simptom dan tindakan bagi mencegah penularan COVID-19 melalui langkah-langkah kawalan jangkitan yang teliti.
Jika perlukan nasihat perubatan tetapi doktor umum tidak dapat bercakap dengan anda, sila hubungi Healthdirect 1800 022 222. Mereka dapat membincangkan simptom dan sejarah perjalanan anda, untuk membantu anda membuat keputusan sama ada patut menjalani ujian COVID-19.
Ujian boleh dijalankan oleh GP anda atau di jabatan kecemasan.
COVID-19 adalah sejenis koronavirus, tetapi terdapat koronavirus lain yang telah bertahun-tahun menjangkiti orang di seluruh dunia, termasuk di Australia. Sekiranya anda jatuh sakit dengan jangkitan pernafasan (misalnya batuk, hidung berair, sakit tekak atau demam), doktor boleh mengarahkan pengambilan swab dari belakang hidung atau tekak untuk ujian. Banyak makmal akan menguji swab itu untuk mengesan beberapa jenis virus. Ujian ini dipanggil panel pernafasan virus multipleks, yang sering merangkumi ujian untuk koronavirus lain tersebut. Buat masa ini, ujian tersebut tidak menguji COVID-19 dan tidak menunjukkan sama ada virus ini hadir atau tidak.
Buat masa ini sebahagian besar kes berlaku di tanah besar China. Di negara lain jumlahnya boleh dikatakan kecil. Di NSW, semua kes yang disahkan telah dijangkiti virus COVID-19 di China.
NSW Health telah membangunkan dan melaksanakan pelbagai prosedur dapatan kes, diagnosis, dan mengesan pertembungan pesakit seandainya NSW mengalami wabak penyakit berjangkit berakibat besar (seperti wabak influenza, SARS, MERS, dan jangkitan baru muncul). Prosedur ini digunakan untuk mengenalpasti pertembungan mana-mana kes COVID-19 yang disahkan di NSW.
Tidak, buat masa ini COVID-19 tidak beredar di Australia.
Kerajaan Australia telah menetapkan langkah perlindungan di semua pelabuhan antarabangsa. Untuk nasihat terkini Kerajaan Australia, sila layari Department of Health - COVID-19 (Coronavirus).
Bagi setiap kapal pesiaran yang tiba di NSW dari luar negara, panel pakar NSW Health menjalankan penilaian risiko berdasarkan pelabuhan yang telah dikunjungi, sama ada penumpang dan anak kapal membawa risiko pendedahan kepada COVID-19, sama ada doktor kapal telah mengenal pasti jangkitan pernafasan, dan keputusan ujian yang dilakukan di atas kapal.
Setelah penilaian risiko ini, penilaian lanjut mungkin dilakukan apabila kapal berlabuh, termasuk memeriksa mereka yang mengalami demam dan gejala pernafasan atau mempunyai risiko pendedahan kepada COVID-19, dan menguji sama ada mereka mengalami jangkitan pernafasan, termasuk COVID-19. Memandangkan semua jangkitan termasuk COVID-19 melalui tempoh pengeraman (sebelum gejala terjadi dan ujian menjadi positif), pemeriksaan untuk mengesan penyakit tidak menjamin keselamatan, dan hanya satu langkahnya.
Kapal pesiaran menampung jumlah penumpang yang besar (kerap kali beribu-ribu), termasuk ramai warga tua dan yang bermasalah kronik. Infeksi pernafasan (tiada kaitan dengan COVID-19) di kalangan penumpang dan anak kapal adalah perkara biasa di kapal pesiaran. Kapal pesiaran bertanggungjawab mencegah dan mengelola wabak penyakit di atas kapal, dan mempunyai dasar untuk kejadian sedemikian.
Jangkitan COVID-19 telah berlaku di kapal pesiaran Diamond Princess yang berlabuh di Jepun. Walaupun laporan awal mengatakan ada seorang telah dijangkiti di kapal Westerdam di Kemboja, jangkitan itu belum disahkan.
Jika ada sesiapa yang anda bimbangkan di atas kapal Diamond Princess, sila hubungi talian kecemasan konsul DFAT.
Untuk penerangan lanjut, layari laman koronavirus novel Jabatan Kesihatan Australia.
Jangkitan COVID-19 merupakan masalah perubatan yang wajib dilaporkan di bawah Public Health Act (Akta Kesihatan Awam) NSW 2010. Doktor dan makmal patologi diwajibkan memberitahu NSW Health tentang semua orang yang disyaki atau disahkan mengalami jangkitan.
Kakitangan unit kesihatan awam akan menyiasat semua kes untuk mengetahui bagaimana jangkitan berlaku, mengenalpasti orang lain yang berisiko jangkitan, melaksanakan langkah kawalan dan memberi nasihat lain.
Cara terbaik melindungi diri adalah sama seperti yang dilakukan terhadap mana-mana jangkitan pernafasan. Amalkan kebersihan diri yang baik dengan:
Pastikan anda duduk di rumah jika tidak sihat.
Topeng muka tidak disarankan untuk masyarakat umum.
Mereka yang mengalami simptom dan mungkin dijangkiti COVID-19 dikehendaki mengasingkan diri di rumah. Mereka patut memakai topeng muka pembedahan jika ada orang lain di bilik yang sama dan apabila berjumpa doktor, demi mengurangkan risiko menularkan COVID-19 kepada orang lain.
Profesional kesihatan yang menjaga pesakit yang disyaki dijangkiti COVID-19 patut memakai peralatan pelindung diri terhadap jangkitan virus ini. Bagi penerangan lanjut, sila rujuk laman web Clinical Excellence Commission (CEC) - Coronavirus (COVID-19).
Bekalan tambahan topeng muka sedang diedarkan oleh NSW Health dan Kerajaan Australia untuk profesional kesihatan tertentu demi mengisi permintaan masa kini. NSW Health akan tetap memantau bekalan topeng muka di NSW.
Hospital akan memastikan semua permukaan dibersihkan dan dinyahjangkit setelah setiap kes yang disyaki, dan begitu juga ambulans. Buku Panduan Amalan Pencegahan dan Kawalan Jangkitan menjelaskan langkah-langkah wajar bagi membersihkan bilik supaya tiada baki virus. Kakitangan juga memakai pakaian pelindung semasa pembersihan supaya tidak menyebarkan jangkitan.
NSW Health bekerjasama dengan hospital untuk mengekalkan taraf kawalan jangkitan yang tinggi. Hospital dan klinisian NSW cukup terlatih dalam penjagaan orang yang dijangkiti penyakit, serta pencegahan jangkitan kepada pesakit lain.
Mereka yang disahkan dijangkiti COVID-19 akan dijaga dalam pengasingan oleh pakar perubatan sehingga tiada lagi simptom jangkitan virus. Sebelum keluar dari pengasingan, mereka menjalani ujian bagi mengesahkan tiada lagi COVID-19, dan pasukan pakar perubatan mengesahkan mereka tidak lagi menjangkiti orang lain. Setelah dibenarkan keluar dari pengasingan, penilaian susulan dilakukan untuk memastikan mereka tetap sihat.
Kerajaan Australia menyediakan maklumat dan nasihat terkini bagi perjalanan yang selamat ke luar negara. Jika anda menuju destinasi luar negara yang mungkin terjejas, tinjaulah nasihat di Smart Traveller.
Pelajar atau kakitangan yang berada di tanah besar China selama 14 hari yang lalu dikecualikan daripada sekolah. Jangan datang ke sekolah atau pusat jagaan kanak-kanak selama 14 hari selepas pulang dari Hubei, kerana tempoh pengeraman COVID-19 boleh mencapai dua minggu.
Kakitangan dan pelajar yang dikenal pasti bertembung dekat dengan orang yang disahkan menghidap COVID-19 dalam tempoh berjangkit mesti mengasingkan diri di rumah. Jangan datang ke sekolah atau pusat jagaan kanak-kanak sehingga 14 hari setelah pertembungan terakhir dengan orang yang dijangkiti.
Tidak. Jika tiada sebarang simptom, tiada ujian dapat dilakukan untuk meramalkan sama ada anda akan jatuh sakit. 'Surat kebenaran doktor' tidak dapat dikeluarkan.
Apabila 14 hari sudah berlalu sejak meninggalkan tanah besar China, anda telah melepasi tempoh sepatutnya jatuh sakit sekiranya terdedah kepada COVID-19 di sana. Jika masih sihat sepenuhnya 14 hari sejak pulang dari China, anda tidak akan terkena COVID-19 yang berpunca di sana.
Jika anda berangkat dari atau singgah di tanah besar China (kecuali Macau dan Taiwan) dalam masa 14 hari yang lalu, anda patut duduk di rumah dan mengasingkan diri selama 14 hari sejak meninggalkan China. Awasi jika muncul simptom penyakit ini.
Jika mengalami demam, batuk, sakit kerongkong atau sesak nafas dalam masa 14 hari sejak pergi ke kawasan yang terjejas, anda patut menelefon doktor umum anda, jabatan kecemasan atau Healthdirect 1800 022 222 bagi rawatan perubatan secepat mungkin.
Jika bahasa Inggeris bukan bahasa utama anda dan anda perlukan jurubahasa, sila hubungi TIS National di 131 450 dan minta pindah panggilan ke Healthdirect.
Penting menelefon mereka terlebih dahulu supaya doktor atau jabatan kecemasan dapat bersiap sedia dan melindungi orang lain.
Apabila pergi mendapatkan rawatan perubatan, pakailah topeng pembedahan jika ada, atau minta topeng apabila tiba.
Jika anda telah mengembara di salah satu negara yang dikhuatiri, anda tidak perlu mengasingkan diri selama 14 hari. Jika anda jatuh sakit dalam masa 14 hari setelah berada di salah satu negara itu, anda patut mendapatkan nasihat GP anda atau hubungi healthdirect 1800 022 222 atau Coronavirus Hotline untuk mendapatkan nasihat. Jika doktor mengesyorkan anda diuji bagi mengesan COVID-19, anda patut mengasingkan diri dan tidak bekerja sehingga mendapat keputusan ujian.
Sekiranya mengalami demam, batuk, selesema, sesak nafas dan simptom lain dan telah pergi ke tanah besar China atau negara yang dikhuatiri, anda patut berjumpa GP anda atau pergi ke Jabatan Darurat setempat untuk ujian COVID-19.
Sekiranya jatuh sakit dengan simptom ini tanpa perjalanan, anda perlu berjumpa GP setempat dan membincangkan simptom anda. GP mungkin mahu menguji anda bagi penyakit lain seperti Influenza kerana penyakit itu boleh menyebabkan simptom anda.
Ujian tidak diperlukan kecuali anda mengalami demam, batuk, selesema, sesak nafas atau simptom lain dan telah pergi ke tanah besar China atau negara yang dikhuatiri. Anda perlu berjumpa GP anda atau pergi ke Jabatan Kecemasan setempat anda untuk ujian COVID-19. Jika doktor menguji anda untuk mengesan COVID-19, anda patut mengasingkan diri dan jangan bekerja sehingga mendapat keputusan ujian.
Sekiranya jatuh sakit dengan simptom ini tanpa pergi ke luar negara, anda perlu berjumpa GP setempat dan membincangkan simptom anda. GP mungkin mahu menguji anda bagi penyakit lain seperti influenza kerana penyakit itu boleh menyebabkan simptom anda.
Ya. Jika tinggal serumah dengan orang lain, anda patut duduk di bilik yang berasingan daripada mereka, atau dipisahkan seberapa dapat. Pakai topeng pembedahan semasa berada sebilik dengan orang lain, dan semasa berjumpa doktor. Gunakan bilik mandi yang berasingan, jika ada.
Jangan berkongsi bilik dengan mereka yang mengalami risiko penyakit teruk, misalnya warga tua dan mereka yang menghidap masalah jantung, paru-paru atau ginjal, dan diabetes.
Orang luar yang tiada keperluan penting tidak patut datang melawat semasa anda mengasingkan diri.
Orang lain dalam keluarga anda tidak wajib diasingkan kecuali mereka juga:
Jika memerlukan bekalan makanan atau ubat (termasuk ubat preskripsi), mintalah ahli keluarga atau sahabat (yang tidak mengasingkan diri) untuk menghantarnya ke rumah atau pesan melalui kedai dalam talian. Supaya tidak menjangkiti orang lain, pakai topeng muka apabila menerima hantaran bekalan makanan, atau minta ditinggalkan di pintu rumah.
Jika sihat di akhir pengasingan 14 hari, anda boleh teruskan hidup seperti biasa.